Monday, 12 March 2012

SEJARAH UMAT ISLAM,,,

ini sejarah dri Rasulullah sebelum wafat sehingge skarang ni,,,,


Ia tentang sejarah umat Islam (Kelahiran, kebangkitan, kegemilangan, kemunduran, kejatuhan, & Kebangkitan semula)

Daulah Khilafah bermula pada era Daulah Madinah, Rasulullah SAW dibaiat sebagai Ketua Daulah oleh penduduk Yathrib melalui Baiat Aqabah 2

[622 M] Yathrib kini bergelar Daulah Madinah
[632 M] Era Khulafa Ar-Rasyidin bermula selepas kewafatan Rasulullah SAW terma "KHALIFAH" digunapakai

Benua Arab dibebaskan Mesir, Jerusalem, Iraq, Khurasan bebas. Empayar Parsi runtuh. Pembangunan Ummah. Kalendar Hijrah. Pembukuan Al-Quran. Penyempurnaan Baitul-Mal.

[632-661M] Khulafa Ar-Rayidin
Khalifah Hassan dibaiat selepas Khalifah Ali dibunuh, keadaan politik yang tidak stabil menyebabkan Muawiyah diangkat Khalifah selepas Hasan memberikan baiat kepadanya.

[661M] Khilafah Umaiyah bermula
[691M] Kubah Batu dibina, kota-kota Rom dibebaskan, Afrika Utara dibebaskan, Asia Timur dibebaskan

[717-720M] Khalifah Umar Abd Aziz
Tiada kemiskinan, Dana zakat digunakan untuk membebaskan hamba abdi di Eropah

[661-750M] Khilafah Umaiyah

[750M] Khalifah Abu Al-Abbas dibaiat bermulanya Era Khilafah Abasiah berpusat di Kufah, Iraq
[837M] Seorang muslimah ditawan Rom Khalifah al-Mu'tasim istihar Jihad
30,000 tentera Rom ditawan, 30,000 tentera Rom mati

[1046M] POPE uRBAN II lancarkan Perang Salib pertama, Perang berterusan
[1099M] Jerusalem ditawan pihak Salib atas bantuan golongan Fatimiah
[1193M] Saladin memerintah Mesir Fatimiah dihapuskan serta-merta oleh Saladin
[1187M] Tentera salib dikalahkan Hittim, Jerusalem, dan Syria dibebaskan
[1262M] Syiar Islam berkembang ke Nusantara, Kesultanan Islam Melaka lahir
[1258M] Khilafah Abasiah dilanggar Tentare Monggol pimpinan Hulagu Khan
umat Islam idup tanpa Khilafah selama 3.5 tahun, 1,700,000 muslim terkorban
Tentera Tartar memeluk Islam

[1508-1517M] Khalifah Al-Mutawakil III, Khalifah Abasiah terakhir
Khilafah Abasiah melahirkan ramai Ilmuan serta membangunkan sains dan teknologi, optik, perubatan, universiti, wilayah Islam berkembang hingga ke Cordoba (Barat)
dan hingga ke Kabul (Timur) serta Nusantara

[750-1517M] Khilafah Abasiah

[1453M] Sultan Muhammad II - Sultan Turki Usmaniah ke7 bersedia melanggar Tembok Constantinople
Tembok yang tidak pernah seorang Raja mahupun Khalifah berjaya pecahkan sebelum ini
Tentera Terbaik, Meriam terbaik, Kapal Terbaik bersedia
Constantinople jatuh di tangan Sultan Muhammad II atau Sultan Muhammad Al-Fateh [berumur 21 tahun]

Kesultanan Melaka membuat hubungan Diplomatik dengan Turki Usmaniah
Teknologi Meriam dan Istinggar di bawa masuk ke Melaka

[1511M] Kota Melaka tumpas ke Kuffar Portugis
Selepas 15 hari serangan dengan bantuan Kapal Flor De La Mar Kapar terkuat Portugis
Bedilan dari Flor De La Mar akhirnya memecahkan Tembok Kota Melaka
Masjid Melaka dirobohkan digantikan dengan Gereja St. Paul

Khilafah Abasiah menjadi tidak stabil dan lemah selepas diserang Tartar
Kekhalifahan Islam diberikan kepada Kesultanan Turki Usmaniah
Kesultanan Turki Usmaniah kini Khilafah Usmaiah

[1517M] Khalifah Salim I dibaiat oleh Khalifah al Mutawakkil III
[1519M] Armada Khilafah Usmaniah dihantar untuk membebaskan Melaka menggusarkan Portugis. Armada Khilafah Usmaniah dipintas Portugis di Laut Yaman
[1537M-1575M] Acheh dibantu Khilafah Usmaniah untuk menentang Portugis di Nusantara
Khilafah Usmaniah berperanan menentang Portugis, Sepanyol dan Austria di Eropah
[1695M] Khalifah Mustafa menyerang Russia, Seluruh Eropah menyerang Khilafah
[1737M] Tentera Russia dan tentera Austria dikalahkan
[1771M] Armada Russia tumpas
[1801M] Armada Napolean Bonarparte (Perancis) tumpas

Khilafah Usmaniah menguasai Teluk Balkan, Khalifah sebagai perisai umat Islam

[1876M] Khilafah Usmaniah diambang kejatuhan, Khilafah berhutang dengan empayar British atas kesilapan khalifah yang tertipu, Yahudi menawarkan emas untuk melansaikan hutang dengan pulangan tanah Jerusalem kepada Yahudi. Khalifah Abdul Hamid menolak, baginda tidak akan membenarkan tanah umat Islam diambil selama mana Khalifah berdiri dan baginda masih hidup

[1909M] Nasionalis Turki mula menguasai Khilafah
[1914M] Perang Dunia Pertama mula meletus, Pengistiharan Jihad menentang puak berikat [British, Perancis, Itali], umat Islam di Tanah Melayu dibunuh British kerana menolak menjadi tentera British menentang Turki Usmaniah dan dibunuh kerana menyahud seruan jihad.
[1914M] Syarif Mekah mengkhianati Khilafah bersekongkol dengan British dan Perancis
[1916M] Persetujuan Sykes-Picot dimeterai
[1918M] Tentera British dan France menawan kota Istanbul, Wilayah Khilafah dipecah-pecahkan
[1922M] Kuasa Khalifah terhapus, Khalifah Abdul Majid II tiada kuasa
[1924M] Sang pengkhianat Mustafa Kamal mendeklarasikan Republik Turki
Azan dilarang dalam Bahasa Arab
Hijab atau tudung wanita diharamkan
Kalendar Hijrah dihapuskan
Undang-undang Islam digantikan dengan Undang-undang Barat
[1924M] Daulah Khilafah jatuh secara rasmi pada 3 Mac 1924M
[1517-1924M] Khilafah Usmaniah

Umat hidup tanpa Khilafah
Mekah diperintah oleh puak Saud
Palestin diperinah oleh Yahudi Zionis
Benua Arab berpecah-belah
Umat Islam Palestin terus terseksa tanpa pembelaan

Komunisme
Sosialisme
Liberalisme
Kapitalisme
Demokrasi
Terus meracuni minda umat Islam.

Umat Islam terus terseksa, masalah sosial, masalah jenayah, masalah kemiskinan, penyelewengan pimpinan umat Islam. Selamatkan umat Islam hanya penegakan semula Daulah Khilafah


haaaar,,,betapa hebatnyer sejarah islam,,dri zaman nabi hingge kini,,,ni bru tulis2 je,,
korng nk tgk video?sebijik yg aq tulis,,
http://www.youtube.com/watch?v=QhpRIlmRIQ4
watch it!!!

salam

#from you favourite guy#
#fahim radzi#
#story of fahim radzi#

No comments:

Post a Comment